CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 13 June 2012

Vitamin E...bukan hanya untuk ladies sahaja...!

Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.

Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?

Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.

Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.


Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.

Apa pula kepentingan Vitamin E?
Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*. 
Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)



Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.

Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E. Boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Credit:  http://nhmi.blogspot.com 

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui 

Yahoo : Zulishah93@yahoo.com
Gmail : fadzilah77@gmail.com 
Call /SMS  : 013-330 3913

Monday 17 October 2011

being a single mother is not that easy.....

lama x updated blog disebabkan kesuntukkan masa. abis tu skrg free ker..? x jgk...byk benda nak buat nih. sebenarnya penat. penat badan..penat fikiran... tp saja la nak release skit.

berbalik kpd tajuk diatas, well..is not that easy being a single mother. hubby skrg outstation. dah lama dia x kena g outstation, tetiba hadda dah 8 bulan ni...sabtu lepas dia bgtau isnin kena g Perak. masa dia bgtau xde rasa apa..sbb bkn x biasa. cuma bezanya kali ni dah ada hadda yg perlu aku uruskan seorg diri. dlm hati aku tanamkan tekad; 'i will survive'. itu la kata kunci hidup aku mengharungi pahit maung selama ni. yessss...mmg aku survived.

bermula pg td, selepas drop hubby kat pick up point, aku teruskan perjalanan hantar hadda g umah adik aku, eja. mula2 ok jer..bg susu dia pun minum. dah nak smpi dia start nak bgn dr car seat...huishhh, haru ni. budak tgh lasak..mana nak duduk diam. pujuk punya pujuk...alhamdulilah smpi jgk. selamat....itu baru hntr. blum ambik lg. huhu..nasib baik aku dah pindah ampang. so perjalanan cuma 10 min dr wangsa maju. cuba bygkan klu balik langat dr wangsa maju...alamatnya mlm la baru aku smpi..sbb asyik bhenti pujuk hadda yg xnak duduk diam.

sharp 5pm aku cabut. baru lepas hujan...jln jammed. smpi umah ibu (panggilan hadda pd adik aku eja) dah dekat kul 6. fuhh..penat. naik atas tgk hadda tgh tdo. nak kejutkan ke x nak...klu biarkan takut hujan lebat. lg susah aku. maklum la dgn 2 beg, nak kendung anak lg...dah rupa apa jdnyer... so aku decided angkat je la. hopefully dia x jaga and terus lena smpi umah. i never had a dream come true....dia jaga. elok benor angkat kepala. so, xpe la. angkat masuk kete letak dlm car seat she still ok. bagi susu..she was holding it nicely put it into her mouth. ermmm..dah makin rajin anak mummy nih..klu x jgn harap nak pegang botol sendiri...she was ok only for about 5 minutes...selebihnya dia mula merengek and start nangis. 5 minit yg mencabar. akhirnya smpi parking...dgn 2 beg, aku letak hadda dlm stroller tolak naik umah kat tgkt 3.. senang skit. alhamdulilah....

smpi je umah, letak je dia nangis..xnak duduk. hai...nape plak. slalunya x mcm ni. end up aku lgsg x bleh buat apa slain mengadap dia jer...nak mandi x blh...pendek kata apa pun x bleh. mana hubby?! klu dia ada mesti dia blh tlg......huwaaa...hubby outstation ler. ermmm, nmpknya tpaksa la aku buat semuanya sendiri. perut lapar, nak msk x bleh. kuar, masuk blk ikan dlm peti ais bila cubaan nak memasak ikan sumbat x jd...mcmana nih? last2 ambik kunci, bwk dia temankan aku g makan McD. sempat la jgk aku mkn. dlm masa 10 min nak  abiskan burger dia asyik campakkan semua benda kebawah...

rupanya, x mudah nak handle semua benda ni seorg diri. nak2 aku yg dah biasa hubby tlg handlekan anak. tlg mandikan, tlg basuh berak anak, tlg basuhkan & sterilkan botol2 susu and breast pump accessories. mmg byk la dia menolong. hadda pun mmg rapat dgn abahnya. saat ni terasa penatnya....how i wish dia ada dikala ini. baru sehari... 4 days to go...mampukah aku...????

Thursday 22 September 2011

Mengandung tetapi masih menyusukan. Apa hukumnya?

Klu tgk tajuk mesti org ingat aku pregnant lg...hehehe..xla, ini kes my SIL. aku tau kes ni last week masa open house umah ayah cik hubby. terkejut jgk sbb anak sedara tu baru je masuk setahun..fully bf plak tuh. Semalam balik keje singgah jumpa MIL. Topik yg sama dibincangkan. Bukan nak menolak rezeki tp kesian baby yg msh x puas bermanja. Lagipun anak dia xnak minum fm. Dlm dok sembang2 dgn MIL, terkeluar dr mulut dia yg mengatakan haram menyusukan anak ketika si ibu mengandung. HARAM? hishh..ye ker? Dalam group Shaklee utk ibu2 menyusu yg aku join kat fb ada ibu yg mengandung tetapi msh menyusukan... Disebabkan musykil aku pun google la info utk mencari kesahihannya...

So, dapat la jwpannya. Tak HARAM yer... Tujuan aku bukan la nak tunjuk sapa pandai or nak compete dgn MIL, cuma nak cari kebenaran supaya blh buang rasa was-was tu. Dari laman web JAWI aku dpt jwpan ni:

Kod Rujukan Soalan:k1pxl

SoalanSaya mempunyai anak sulung yang berusia hampir setahun, masih menyusu ibu tetapi isteri saya sedang mengandung (2 bulan) anak ke 2. Apakah dibenarkan dari segi syarak?

JawapanHarus bagi si ibu mengandung, menyusukan anaknya yang masih menyusu,sekiranya ia tidak memudaratkan kesihatan ibu tersebut.

Kategori
SYARIAH

Lega bila kemusykilan aku terjawab.  X puas lagi aku google lak blog2..so jmpa la info ni yg aku rasakan ringkas dan padat. So boleh la kite share info ni bersama:


Penyusuan sewaktu mengandung @ tandem nursing

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung. 

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)Berbanding meminta pendapat orang yang kurang arif tentang penyusuan, adalah lebih baik sekiranya berbincang dengan pakar laktasi dan doktor sekiranya anda mahu meneruskan penyusuan ketika mengandung. Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Bagaimana pun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira untuk meneruskan penyusuan.

(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

(2) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.

(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.

(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya. Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi "mencuri" kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.

(5) Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:
(1) Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
(2) Pernah keguguran
(3) Mengalami pendarahan semasa hamil
(4) Positif GBS carrier

Sumber: Ratuhati

Dari pengamatan aku ler...istilah HARAM dtg dr kepercayaan org tua2 dulu. Mgkn org dulu2 ni berpendapat x blh dr segi logik mereka. Ye la, samada anak yg menyusukan ataupun baby dlm kandungan mendapat sumber vitamin hanya dr ibu tersebut. Jadi dah tentukan mereka akan share apa yg ibu mereka makan. Solutionnya pada aku senang jer...ibu tersebut la yg memainkan peranan penting. Ibu tersebut perlu memastikan makanan yg diambil memenuhi nutrisi yg diperlukan oleh kedua2nya. Maknanya bila si ibu td mesti makan makanan yg 2x ganda lebih nutrisinya. Supaya ianya x mendatangkan kemudaratan kepada slh seorg mahupun ibu itu sendiri.

Pada aku w/p pandangan org tua2 penting tp dr segi syarak lebih diutamakan. Takkan nak abaikan anak yg masih menyusu, sedangkan si ibu mampu melakukan. Lebih2 lagi ianya lgsg x salah dr segi agama. Saat ini aku rasa lega sbb segalanya terjawab. Petang nnt jumpa MIL nak bgtau berita gembira ni. Yang penting my SIL stil blh menyusukan wp dia pregnant. 

Kepada semua..teruskan penyusuan susuibu.   

Tuesday 13 September 2011

Makanan Pertama; so ibu2 jom kite share info


Memulakan Makanan Pejal
Memperkenalkan makanan pelengkap bila bayi berusia enam bulan
Oleh Profesor Madya Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan


Lazimnya, bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sepanjang enam bulan pertama hayatnya. Si manja membesar dengan sihat dan mendapat segala nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan pemakanannya. Bagaimanapun, pada usia enam bulan, susu ibu semata-mata tidak lagi mencukupi. Inilah masanya untuk memperkenalkan makanan pelengkap ke dalam pemakanan bayi. Sambil meneruskan penyusuan ibu, anda boleh memberinya makanan lain sebagai pelengkap.
3 Asas Makanan Pelengkap
Pengetahuan tentang asas makanan pelengkap yang baik amat penting untuk memastikan si manja anda mendapat khasiat makanan yang betul dengan secukupnya.
1. Keperluan Pemakanan. Makanan pelengkap seharusnya memberikan nilai pemakanan yang sekurang-kurangnya sama dengan susu ibu. Berilah si manja pelbagai makanan dalam jumlah
secukupnya. Pengenalan makanan pelengkap bergantung pada umur dan perkembangan fisiologikal bayi. Makanan pertama sentiasa bijirin, dengan bubur nasi sebagai permulaan. Ini boleh diikuti dengan puri sayuran dan buah-buahan. Daging, ikan atau telur putih boleh diperkenalkan setelah bayi mencapai 6-8 bulan. Bayi seharusnya diberi makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan C setiap hari. Pastikan juga kandungan lemak dalam dietnya mencukupi. Hadkan jumlah minuman jus untuk mengelakkan si manja menolak lebih banyak makanan yang kaya dengan nutrien.
2. Jadual. Bayi memerlukan makanan pelengkap dari usia 6 bulan hingga 18-24 bulan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar bayi diberi makanan pelengkap 2-3 kali sehari antara 6-8 bulan, dan 3-4 kali sehari antara 9-24 bulan, dengan tambahan snek 1-2 kali sehari. Pada usia 12 bulan, bayi boleh mula makan makanan keluarga.
3. Jumlah Secukupnya. Jumlah makanan pelengkap yang secukupnya bergantung kepada kepelbagaian makanan yang terdapat dalam rumah dan tabiat makan ibu bapa atau penjaga. Tugas memberi bayi makan memerlukan banyak kesabaran dan rangsangan, dan anda seharusnya sentiasa menyedari isyarat kelaparan si manja dan menggalakkannya untuk makan.
Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi
Makanan pelengkap yang baik mesti dapat membekalkan tenaga dan nutrien secukupnya dan sesuai dengan peringkat tumbesaran bayi. Berikut antara makanan yang boleh anda berikan kepada si manja:
Bubur nasi, bijirin lain dan makanan berkanji
Biasanya, makanan pertama bayi pada usia 6 bulan ialah bubur nasi dan bijirin bayi yang kaya dengan zat besi. Bila usianya meningkat (lebih kurang 11 bulan), anda boleh beri si manja nasi lembut dan mi yang dilenyek.
Buah-buah dan sayuran
Mulakan dengan jus buah-buahan yang dicairkan dan sayuran yang dimasak hingga hancur. Bila bayi berusia antara 6-8 bulan, berikan buah-buahan lembut yang dilenyek atau dicincang halus, dan kacang pis dan sayuran berdaun hijau yang dimasak hingga lembut lalu dilenyek atau disaring. Antara 8-12 bulan, si manja sudah boleh mengambil potongan kecil buah-buahan lembut dan sayuran cincang yang mudah dikunyah untuk membolehkan bayi merasai tekstur yang berlainan.
Makanan kaya protein
Ikan bilis adalah antara makanan yang kaya dengan protein. Anda boleh beri si manja ikan bilis yang dipanggang dan ditumbuk halus atau kuning telur dan kacang pis yang dimasak dan disaring. Daging ayam dan isi ikan yang dicincang dan dilenyek boleh diberikan bila bayi berumur 6-8 bulan, dan selepas itu, anda boleh mencuba daging cincang atau keju lembut. Dalam keluaran yang akan datang, kami akan menghuraikan prinsip yang perlu dipatuhi bila memilih makanan pelengkap supaya si manja mendapat khasiat yang diperlukan dengan secukupnya untuk membesar dengan sihat.
Berhati-hati!
Amalan yang tidak wajar seperti memaksa bayi makan mungkin mengakibatkan makan secara berlebihan sedangkan memberikan hanya satu jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan pengambilan nutrisi. Jadi, pastikan anda memberi si manja makan dengan sabar dan perlahan lahan, galakkan (bukan paksa) anak anda makan, dan cuba makanan dengan kombinasi, rasa dan tekstur yang berlainan. Ingatlah, waktu makan adalah masa untuk si manja belajar dan kesempatan untuk anda mencurahkan kasih sayang. Jadi, bercakaplah dengan si manja bila anda memberinya makan dan jadikan waktu makan masa yang menyeronokkan.

SUSU IBU: Makanan Sempurna Bayi




Pemakanan Lengkap, Perlindungan Unggul

Susu ibu mengandungi campuran nutrien yang sempurna bagi memenuhi keperluan nutrisi bayi. Pakar pediatrik dan pakar pemakanan di seluruh dunia menyarankan agar para ibu mencuba dan mengambil segala langkah yang boleh untuk memastikan bayi mereka hanya mengambil susu badan (tanpa makanan atau minuman lain) dalam 6 bulan pertama hayat mereka. Sememangnya ini sukar dilakukan kerana tekanan keperluan gaya hidup dan pekerjaan anda. Namun, ini adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan bagi membina asas yang kukuh untuk kesihatan mereka sekarang dan juga pada masa akan datang.

Berubah Mengikut Keperluan Bayi yang Membesar
Komposisi nutrien susu ibu sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.

  • Cecair keemasan: Kolostrum
    Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Susu matang
    Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.
  • Waktu penyusuan
    Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menyusu. Ini 
  • adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.

Menggalakkan Penghadaman dan Penyerapan Nutrien dengan Lebih Baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
  • Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
  • Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
  • Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selsema, bronkiolitis dan jangkitan telinga tengah.

Makanan untuk Perkembangan Otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfa-linolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan penglihatan yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.
Mengurangkan Kemungkinan Mengalami Alergi
Kebanyakan simptom alergi yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, penyerapan, ekzema, rinitis alergik dan asma atau lelah.
Pengikat Kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda. Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini melainkan penyusuan susu ibu.


Credited to Positive Parenting.

i'm proud to be a mom....

.....and i'm proud more when i can fully breastfeed my Hadda. The feeling was wonderful...and speechless. From the 1st time mummy bf Hadda smpi la dia dah 7 bulan skrg ni, perasaan indah tu masih sama. 1st time bf Hadda, hari ke 3 lepas cabut tiub kat pundi kencing. 1st time dukung dan menyusukan dia.  Airmata mummy laju je mengalir. x tau nak gambarkan perasaan tuh...mcm2 ada. Seterusnya, sampai la skrg nih. Alhamdulilah rezeki Hadda masih banyak. 

Byk hikmahnya mummy bf Hadda. Sejak2 bf ni mummy baru la start ambik supplement. Klu x dulu org ayat la mcmana pun mummy tetap dgn keputusan mummy. Maklum la org marketing ni susah skit nak lut. Wp sebenarnya supplement tu sgt penting dlm kehidupan seharian kite. Ia adalah pelengkap nutrisi unless mmg kite org yg sgt displin dlm pengambilan diet seharian kite. Bfast, lunch & dinner complete semua dgn protein, karbohidrat, kalsium dan sbgnya. Tp mummy bkn la orgnya la...nak2 plak kite bkerja.

So, langkah pertama mummy bertekad mesti kena mulakan supplement secepat yg mungkin sebab mummy xnak Hadda lack of vitamins. Masa dlm pantang adik mummy ada copy link blog tentang tips2 penyusuan. Mummy pun x ketinggalan baca sbb rasa rugi klu x ambik peluang menambahkan pengetahuan ttg susu ibu nih. Sbb nak bf kena jd ibu yg berpengetahuan..bkn main hentam jer... Bermula dr situ la mummy kenal dgn supplement yg mummy ambik skrg.

ini la dia...bykkan? x penah imagine mummy akan telan semua ni. hehehe.

Lepas je baca blog tuh mummy terus la kol empunya blog.( thanks ayu). Excited giler sbb supplement ni offer utk trial set. Jadi xde la byk sgt kuar duit. Tambah2 plak masa tu mummy dah abis semua simpanan gara2 emergency czer. Then lg excited tgk hasil empunya blog esp utk bf mom. Huishh..teruja sungguh. Itu cuma sbb2 sampingan saja...sbb utama mummy dah bgtau  sebelum ni. Tp klu mummy dpt hasil mcm empunya blog then mummy enjoyed the benefits & advantage lorrr... Alahmdulilah, smpi sekarang mummy masih setia dgn Shaklee and dah start try vitamin2 yg lain to complete my diet. Dr trial pack (serendah RM80 utk 4 jenis vits - sgt berbaloi) smpi la mummy dah mampu beli full pack. Tu pun setelah dpt kumpul balik saving yg telah abis. Hehehe....Semuanya utkmu Hadda. Anak mummy yg tersayang. U really changed my perceptions. Mummy skrg seorg yg lebih mengutamakan kesihatan. Sebab mummy nak yg terbaik hanya utk anak mummy ni...its' all for u. Lots of love....  


Sunday 4 September 2011

Raya Sakan....

Raya tahun ni giliran umah hubby. Plan nak bercuti awal tp syg bos x bagi la plak. Byk plak alasannya..keje byk la. Padahal xde keje pun. So petang raya, lepas abis keje baru aku gerak blk Kg. Gajah. Smpi lepas berbuka. malam tu aku tolong ala kadar je la..memandangkan dah ada anak ni..Hadda lak asyik nak berkepit jer. Yg bestnyer balik kali ni kitaorg bwk balik air cooler sendiri. Gara2 x tahan panas kat umah MIL.

Sambutan raya mcm biasa je. Biasa klu beraya umah hubby, pg2 lepas sembahyang raya kitaorg gi umah Opah. Then terus ke umah bapak2 sdara hubby. Setelah penat beraya akhirnya kitaorg bertiga tumbang atas katil. Gara2 nak tdokan Hadda, mummy & abah pun kena tdo skali.

Raya ke 2 seawal 7 pg kitaorg dah gerak. Mission gerak awl sbb nak g Setiawan beli fresh seafood for BBQ mlm raya ke 2 tu. Lepas setel everything gerak blk Felda Ijok, Selama. Smpi dlm kul 1 tghari. Merinade apa yg ptt msk dlm peti ais. Ready for BBQ. Raya ke-2 tu semua adik beradik aku smpi la. mmg kitaorg rutinnya bjumpa raya ke-2. So mlm tu sgt la meriah. Ada sesi fotografi family lagi....for the 1st time kitaorg 7 beradik semua ada utk bergambar smbl menggayakan baju raya msg2...so ini la hasilnya....one big family.


Selesai je sesi fotografi terus je tukar uniform. Sesi membakar la plak. x sabar. Bakar 15 min..selesai x smpi 5 min. Hehehe...ada byk gmbr BBQ, tp xde dlm simpanan aku.

Raya ke-3 adalah acara bebas. Sbb esoknya acara berkunjung ke umah mak2 sdara di Batu Kurau. Biasa la bila raya mmg penat. Penat melayan...penat berjalan...penat makan. Bila mlm acara wajib ialah buat bulat. Kat mana ada mak..kat situ la kami semua dok buat bulat. Menyembang macam x abis2...mak biasa la sibuk buat kopi. Sembang smpi pg. Acara urut mengurut bergilir2 pun berlangsung.

Kejap betul masa berlalu...tau2 dah hari sabtu. Hishhhh..dah nak blk rupanya. Plan mmg nak konvoi blk sabtu utk elakkan jamm. Tp sebelum balik sempat lg pergi mandi air terjun kat Lata Tebing Tinggi, Ulu Mengkuang, Selama. Padahal, petang tu nak kena bakar lemang utk bwk balik KL. Kitaorg plan gerak mlm.
Ni la dia gmbr2 mandi manda.

fokus kat sini ialah petai tuh. murah giler...RM5 setangkai yg byk tuh

kakak, adik n anak2 buah

haaa..tu dia.

my mom dgn cucu paling bongsu (Hadda)

Hadda swimmng lesson

Hadda actually can float herself...tp abah n mummy takut dia lemas. Bukan main bergaya dia goyang kaki ala2 berenang. I want her to be a kampong girl juz like me. Walau pun air tu sejuk tp dia cool je. Hadda mesti pandai swimming sbb mummy dia hantu air.