CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 17 October 2011

being a single mother is not that easy.....

lama x updated blog disebabkan kesuntukkan masa. abis tu skrg free ker..? x jgk...byk benda nak buat nih. sebenarnya penat. penat badan..penat fikiran... tp saja la nak release skit.

berbalik kpd tajuk diatas, well..is not that easy being a single mother. hubby skrg outstation. dah lama dia x kena g outstation, tetiba hadda dah 8 bulan ni...sabtu lepas dia bgtau isnin kena g Perak. masa dia bgtau xde rasa apa..sbb bkn x biasa. cuma bezanya kali ni dah ada hadda yg perlu aku uruskan seorg diri. dlm hati aku tanamkan tekad; 'i will survive'. itu la kata kunci hidup aku mengharungi pahit maung selama ni. yessss...mmg aku survived.

bermula pg td, selepas drop hubby kat pick up point, aku teruskan perjalanan hantar hadda g umah adik aku, eja. mula2 ok jer..bg susu dia pun minum. dah nak smpi dia start nak bgn dr car seat...huishhh, haru ni. budak tgh lasak..mana nak duduk diam. pujuk punya pujuk...alhamdulilah smpi jgk. selamat....itu baru hntr. blum ambik lg. huhu..nasib baik aku dah pindah ampang. so perjalanan cuma 10 min dr wangsa maju. cuba bygkan klu balik langat dr wangsa maju...alamatnya mlm la baru aku smpi..sbb asyik bhenti pujuk hadda yg xnak duduk diam.

sharp 5pm aku cabut. baru lepas hujan...jln jammed. smpi umah ibu (panggilan hadda pd adik aku eja) dah dekat kul 6. fuhh..penat. naik atas tgk hadda tgh tdo. nak kejutkan ke x nak...klu biarkan takut hujan lebat. lg susah aku. maklum la dgn 2 beg, nak kendung anak lg...dah rupa apa jdnyer... so aku decided angkat je la. hopefully dia x jaga and terus lena smpi umah. i never had a dream come true....dia jaga. elok benor angkat kepala. so, xpe la. angkat masuk kete letak dlm car seat she still ok. bagi susu..she was holding it nicely put it into her mouth. ermmm..dah makin rajin anak mummy nih..klu x jgn harap nak pegang botol sendiri...she was ok only for about 5 minutes...selebihnya dia mula merengek and start nangis. 5 minit yg mencabar. akhirnya smpi parking...dgn 2 beg, aku letak hadda dlm stroller tolak naik umah kat tgkt 3.. senang skit. alhamdulilah....

smpi je umah, letak je dia nangis..xnak duduk. hai...nape plak. slalunya x mcm ni. end up aku lgsg x bleh buat apa slain mengadap dia jer...nak mandi x blh...pendek kata apa pun x bleh. mana hubby?! klu dia ada mesti dia blh tlg......huwaaa...hubby outstation ler. ermmm, nmpknya tpaksa la aku buat semuanya sendiri. perut lapar, nak msk x bleh. kuar, masuk blk ikan dlm peti ais bila cubaan nak memasak ikan sumbat x jd...mcmana nih? last2 ambik kunci, bwk dia temankan aku g makan McD. sempat la jgk aku mkn. dlm masa 10 min nak  abiskan burger dia asyik campakkan semua benda kebawah...

rupanya, x mudah nak handle semua benda ni seorg diri. nak2 aku yg dah biasa hubby tlg handlekan anak. tlg mandikan, tlg basuh berak anak, tlg basuhkan & sterilkan botol2 susu and breast pump accessories. mmg byk la dia menolong. hadda pun mmg rapat dgn abahnya. saat ni terasa penatnya....how i wish dia ada dikala ini. baru sehari... 4 days to go...mampukah aku...????

Thursday 22 September 2011

Mengandung tetapi masih menyusukan. Apa hukumnya?

Klu tgk tajuk mesti org ingat aku pregnant lg...hehehe..xla, ini kes my SIL. aku tau kes ni last week masa open house umah ayah cik hubby. terkejut jgk sbb anak sedara tu baru je masuk setahun..fully bf plak tuh. Semalam balik keje singgah jumpa MIL. Topik yg sama dibincangkan. Bukan nak menolak rezeki tp kesian baby yg msh x puas bermanja. Lagipun anak dia xnak minum fm. Dlm dok sembang2 dgn MIL, terkeluar dr mulut dia yg mengatakan haram menyusukan anak ketika si ibu mengandung. HARAM? hishh..ye ker? Dalam group Shaklee utk ibu2 menyusu yg aku join kat fb ada ibu yg mengandung tetapi msh menyusukan... Disebabkan musykil aku pun google la info utk mencari kesahihannya...

So, dapat la jwpannya. Tak HARAM yer... Tujuan aku bukan la nak tunjuk sapa pandai or nak compete dgn MIL, cuma nak cari kebenaran supaya blh buang rasa was-was tu. Dari laman web JAWI aku dpt jwpan ni:

Kod Rujukan Soalan:k1pxl

SoalanSaya mempunyai anak sulung yang berusia hampir setahun, masih menyusu ibu tetapi isteri saya sedang mengandung (2 bulan) anak ke 2. Apakah dibenarkan dari segi syarak?

JawapanHarus bagi si ibu mengandung, menyusukan anaknya yang masih menyusu,sekiranya ia tidak memudaratkan kesihatan ibu tersebut.

Kategori
SYARIAH

Lega bila kemusykilan aku terjawab.  X puas lagi aku google lak blog2..so jmpa la info ni yg aku rasakan ringkas dan padat. So boleh la kite share info ni bersama:


Penyusuan sewaktu mengandung @ tandem nursing

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung. 

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)Berbanding meminta pendapat orang yang kurang arif tentang penyusuan, adalah lebih baik sekiranya berbincang dengan pakar laktasi dan doktor sekiranya anda mahu meneruskan penyusuan ketika mengandung. Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Bagaimana pun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira untuk meneruskan penyusuan.

(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

(2) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.

(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.

(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya. Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi "mencuri" kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.

(5) Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:
(1) Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
(2) Pernah keguguran
(3) Mengalami pendarahan semasa hamil
(4) Positif GBS carrier

Sumber: Ratuhati

Dari pengamatan aku ler...istilah HARAM dtg dr kepercayaan org tua2 dulu. Mgkn org dulu2 ni berpendapat x blh dr segi logik mereka. Ye la, samada anak yg menyusukan ataupun baby dlm kandungan mendapat sumber vitamin hanya dr ibu tersebut. Jadi dah tentukan mereka akan share apa yg ibu mereka makan. Solutionnya pada aku senang jer...ibu tersebut la yg memainkan peranan penting. Ibu tersebut perlu memastikan makanan yg diambil memenuhi nutrisi yg diperlukan oleh kedua2nya. Maknanya bila si ibu td mesti makan makanan yg 2x ganda lebih nutrisinya. Supaya ianya x mendatangkan kemudaratan kepada slh seorg mahupun ibu itu sendiri.

Pada aku w/p pandangan org tua2 penting tp dr segi syarak lebih diutamakan. Takkan nak abaikan anak yg masih menyusu, sedangkan si ibu mampu melakukan. Lebih2 lagi ianya lgsg x salah dr segi agama. Saat ini aku rasa lega sbb segalanya terjawab. Petang nnt jumpa MIL nak bgtau berita gembira ni. Yang penting my SIL stil blh menyusukan wp dia pregnant. 

Kepada semua..teruskan penyusuan susuibu.   

Tuesday 13 September 2011

Makanan Pertama; so ibu2 jom kite share info


Memulakan Makanan Pejal
Memperkenalkan makanan pelengkap bila bayi berusia enam bulan
Oleh Profesor Madya Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan


Lazimnya, bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sepanjang enam bulan pertama hayatnya. Si manja membesar dengan sihat dan mendapat segala nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan pemakanannya. Bagaimanapun, pada usia enam bulan, susu ibu semata-mata tidak lagi mencukupi. Inilah masanya untuk memperkenalkan makanan pelengkap ke dalam pemakanan bayi. Sambil meneruskan penyusuan ibu, anda boleh memberinya makanan lain sebagai pelengkap.
3 Asas Makanan Pelengkap
Pengetahuan tentang asas makanan pelengkap yang baik amat penting untuk memastikan si manja anda mendapat khasiat makanan yang betul dengan secukupnya.
1. Keperluan Pemakanan. Makanan pelengkap seharusnya memberikan nilai pemakanan yang sekurang-kurangnya sama dengan susu ibu. Berilah si manja pelbagai makanan dalam jumlah
secukupnya. Pengenalan makanan pelengkap bergantung pada umur dan perkembangan fisiologikal bayi. Makanan pertama sentiasa bijirin, dengan bubur nasi sebagai permulaan. Ini boleh diikuti dengan puri sayuran dan buah-buahan. Daging, ikan atau telur putih boleh diperkenalkan setelah bayi mencapai 6-8 bulan. Bayi seharusnya diberi makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan C setiap hari. Pastikan juga kandungan lemak dalam dietnya mencukupi. Hadkan jumlah minuman jus untuk mengelakkan si manja menolak lebih banyak makanan yang kaya dengan nutrien.
2. Jadual. Bayi memerlukan makanan pelengkap dari usia 6 bulan hingga 18-24 bulan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar bayi diberi makanan pelengkap 2-3 kali sehari antara 6-8 bulan, dan 3-4 kali sehari antara 9-24 bulan, dengan tambahan snek 1-2 kali sehari. Pada usia 12 bulan, bayi boleh mula makan makanan keluarga.
3. Jumlah Secukupnya. Jumlah makanan pelengkap yang secukupnya bergantung kepada kepelbagaian makanan yang terdapat dalam rumah dan tabiat makan ibu bapa atau penjaga. Tugas memberi bayi makan memerlukan banyak kesabaran dan rangsangan, dan anda seharusnya sentiasa menyedari isyarat kelaparan si manja dan menggalakkannya untuk makan.
Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi
Makanan pelengkap yang baik mesti dapat membekalkan tenaga dan nutrien secukupnya dan sesuai dengan peringkat tumbesaran bayi. Berikut antara makanan yang boleh anda berikan kepada si manja:
Bubur nasi, bijirin lain dan makanan berkanji
Biasanya, makanan pertama bayi pada usia 6 bulan ialah bubur nasi dan bijirin bayi yang kaya dengan zat besi. Bila usianya meningkat (lebih kurang 11 bulan), anda boleh beri si manja nasi lembut dan mi yang dilenyek.
Buah-buah dan sayuran
Mulakan dengan jus buah-buahan yang dicairkan dan sayuran yang dimasak hingga hancur. Bila bayi berusia antara 6-8 bulan, berikan buah-buahan lembut yang dilenyek atau dicincang halus, dan kacang pis dan sayuran berdaun hijau yang dimasak hingga lembut lalu dilenyek atau disaring. Antara 8-12 bulan, si manja sudah boleh mengambil potongan kecil buah-buahan lembut dan sayuran cincang yang mudah dikunyah untuk membolehkan bayi merasai tekstur yang berlainan.
Makanan kaya protein
Ikan bilis adalah antara makanan yang kaya dengan protein. Anda boleh beri si manja ikan bilis yang dipanggang dan ditumbuk halus atau kuning telur dan kacang pis yang dimasak dan disaring. Daging ayam dan isi ikan yang dicincang dan dilenyek boleh diberikan bila bayi berumur 6-8 bulan, dan selepas itu, anda boleh mencuba daging cincang atau keju lembut. Dalam keluaran yang akan datang, kami akan menghuraikan prinsip yang perlu dipatuhi bila memilih makanan pelengkap supaya si manja mendapat khasiat yang diperlukan dengan secukupnya untuk membesar dengan sihat.
Berhati-hati!
Amalan yang tidak wajar seperti memaksa bayi makan mungkin mengakibatkan makan secara berlebihan sedangkan memberikan hanya satu jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan pengambilan nutrisi. Jadi, pastikan anda memberi si manja makan dengan sabar dan perlahan lahan, galakkan (bukan paksa) anak anda makan, dan cuba makanan dengan kombinasi, rasa dan tekstur yang berlainan. Ingatlah, waktu makan adalah masa untuk si manja belajar dan kesempatan untuk anda mencurahkan kasih sayang. Jadi, bercakaplah dengan si manja bila anda memberinya makan dan jadikan waktu makan masa yang menyeronokkan.

SUSU IBU: Makanan Sempurna Bayi




Pemakanan Lengkap, Perlindungan Unggul

Susu ibu mengandungi campuran nutrien yang sempurna bagi memenuhi keperluan nutrisi bayi. Pakar pediatrik dan pakar pemakanan di seluruh dunia menyarankan agar para ibu mencuba dan mengambil segala langkah yang boleh untuk memastikan bayi mereka hanya mengambil susu badan (tanpa makanan atau minuman lain) dalam 6 bulan pertama hayat mereka. Sememangnya ini sukar dilakukan kerana tekanan keperluan gaya hidup dan pekerjaan anda. Namun, ini adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan bagi membina asas yang kukuh untuk kesihatan mereka sekarang dan juga pada masa akan datang.

Berubah Mengikut Keperluan Bayi yang Membesar
Komposisi nutrien susu ibu sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.

  • Cecair keemasan: Kolostrum
    Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Susu matang
    Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.
  • Waktu penyusuan
    Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menyusu. Ini 
  • adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.

Menggalakkan Penghadaman dan Penyerapan Nutrien dengan Lebih Baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
  • Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
  • Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
  • Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selsema, bronkiolitis dan jangkitan telinga tengah.

Makanan untuk Perkembangan Otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfa-linolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan penglihatan yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.
Mengurangkan Kemungkinan Mengalami Alergi
Kebanyakan simptom alergi yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, penyerapan, ekzema, rinitis alergik dan asma atau lelah.
Pengikat Kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda. Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini melainkan penyusuan susu ibu.


Credited to Positive Parenting.

i'm proud to be a mom....

.....and i'm proud more when i can fully breastfeed my Hadda. The feeling was wonderful...and speechless. From the 1st time mummy bf Hadda smpi la dia dah 7 bulan skrg ni, perasaan indah tu masih sama. 1st time bf Hadda, hari ke 3 lepas cabut tiub kat pundi kencing. 1st time dukung dan menyusukan dia.  Airmata mummy laju je mengalir. x tau nak gambarkan perasaan tuh...mcm2 ada. Seterusnya, sampai la skrg nih. Alhamdulilah rezeki Hadda masih banyak. 

Byk hikmahnya mummy bf Hadda. Sejak2 bf ni mummy baru la start ambik supplement. Klu x dulu org ayat la mcmana pun mummy tetap dgn keputusan mummy. Maklum la org marketing ni susah skit nak lut. Wp sebenarnya supplement tu sgt penting dlm kehidupan seharian kite. Ia adalah pelengkap nutrisi unless mmg kite org yg sgt displin dlm pengambilan diet seharian kite. Bfast, lunch & dinner complete semua dgn protein, karbohidrat, kalsium dan sbgnya. Tp mummy bkn la orgnya la...nak2 plak kite bkerja.

So, langkah pertama mummy bertekad mesti kena mulakan supplement secepat yg mungkin sebab mummy xnak Hadda lack of vitamins. Masa dlm pantang adik mummy ada copy link blog tentang tips2 penyusuan. Mummy pun x ketinggalan baca sbb rasa rugi klu x ambik peluang menambahkan pengetahuan ttg susu ibu nih. Sbb nak bf kena jd ibu yg berpengetahuan..bkn main hentam jer... Bermula dr situ la mummy kenal dgn supplement yg mummy ambik skrg.

ini la dia...bykkan? x penah imagine mummy akan telan semua ni. hehehe.

Lepas je baca blog tuh mummy terus la kol empunya blog.( thanks ayu). Excited giler sbb supplement ni offer utk trial set. Jadi xde la byk sgt kuar duit. Tambah2 plak masa tu mummy dah abis semua simpanan gara2 emergency czer. Then lg excited tgk hasil empunya blog esp utk bf mom. Huishh..teruja sungguh. Itu cuma sbb2 sampingan saja...sbb utama mummy dah bgtau  sebelum ni. Tp klu mummy dpt hasil mcm empunya blog then mummy enjoyed the benefits & advantage lorrr... Alahmdulilah, smpi sekarang mummy masih setia dgn Shaklee and dah start try vitamin2 yg lain to complete my diet. Dr trial pack (serendah RM80 utk 4 jenis vits - sgt berbaloi) smpi la mummy dah mampu beli full pack. Tu pun setelah dpt kumpul balik saving yg telah abis. Hehehe....Semuanya utkmu Hadda. Anak mummy yg tersayang. U really changed my perceptions. Mummy skrg seorg yg lebih mengutamakan kesihatan. Sebab mummy nak yg terbaik hanya utk anak mummy ni...its' all for u. Lots of love....  


Sunday 4 September 2011

Raya Sakan....

Raya tahun ni giliran umah hubby. Plan nak bercuti awal tp syg bos x bagi la plak. Byk plak alasannya..keje byk la. Padahal xde keje pun. So petang raya, lepas abis keje baru aku gerak blk Kg. Gajah. Smpi lepas berbuka. malam tu aku tolong ala kadar je la..memandangkan dah ada anak ni..Hadda lak asyik nak berkepit jer. Yg bestnyer balik kali ni kitaorg bwk balik air cooler sendiri. Gara2 x tahan panas kat umah MIL.

Sambutan raya mcm biasa je. Biasa klu beraya umah hubby, pg2 lepas sembahyang raya kitaorg gi umah Opah. Then terus ke umah bapak2 sdara hubby. Setelah penat beraya akhirnya kitaorg bertiga tumbang atas katil. Gara2 nak tdokan Hadda, mummy & abah pun kena tdo skali.

Raya ke 2 seawal 7 pg kitaorg dah gerak. Mission gerak awl sbb nak g Setiawan beli fresh seafood for BBQ mlm raya ke 2 tu. Lepas setel everything gerak blk Felda Ijok, Selama. Smpi dlm kul 1 tghari. Merinade apa yg ptt msk dlm peti ais. Ready for BBQ. Raya ke-2 tu semua adik beradik aku smpi la. mmg kitaorg rutinnya bjumpa raya ke-2. So mlm tu sgt la meriah. Ada sesi fotografi family lagi....for the 1st time kitaorg 7 beradik semua ada utk bergambar smbl menggayakan baju raya msg2...so ini la hasilnya....one big family.


Selesai je sesi fotografi terus je tukar uniform. Sesi membakar la plak. x sabar. Bakar 15 min..selesai x smpi 5 min. Hehehe...ada byk gmbr BBQ, tp xde dlm simpanan aku.

Raya ke-3 adalah acara bebas. Sbb esoknya acara berkunjung ke umah mak2 sdara di Batu Kurau. Biasa la bila raya mmg penat. Penat melayan...penat berjalan...penat makan. Bila mlm acara wajib ialah buat bulat. Kat mana ada mak..kat situ la kami semua dok buat bulat. Menyembang macam x abis2...mak biasa la sibuk buat kopi. Sembang smpi pg. Acara urut mengurut bergilir2 pun berlangsung.

Kejap betul masa berlalu...tau2 dah hari sabtu. Hishhhh..dah nak blk rupanya. Plan mmg nak konvoi blk sabtu utk elakkan jamm. Tp sebelum balik sempat lg pergi mandi air terjun kat Lata Tebing Tinggi, Ulu Mengkuang, Selama. Padahal, petang tu nak kena bakar lemang utk bwk balik KL. Kitaorg plan gerak mlm.
Ni la dia gmbr2 mandi manda.

fokus kat sini ialah petai tuh. murah giler...RM5 setangkai yg byk tuh

kakak, adik n anak2 buah

haaa..tu dia.

my mom dgn cucu paling bongsu (Hadda)

Hadda swimmng lesson

Hadda actually can float herself...tp abah n mummy takut dia lemas. Bukan main bergaya dia goyang kaki ala2 berenang. I want her to be a kampong girl juz like me. Walau pun air tu sejuk tp dia cool je. Hadda mesti pandai swimming sbb mummy dia hantu air.



Thursday 25 August 2011

Recap: The day you were born. Cepatnya masa berlalu, Hadda pun dah 6 bulan

Sejurus selepas dilahirkan

Ini la dia baby yg ditunggu2 selama ini....Hadda binti Hairi. Lahir pada 9 February 2011 at 12.05 noon. Akhirnya hasrat nak bersalin normal terkubur...bila aku tpaksa menjalani emergency caesar. Admitted pada kul 11.55 pm, 8/2/2011 aku mengalami contruction yg kuat hampir 8 jam. Ya Allah tuhan je la yg tau time  tuh....mcm2 la doa aku baca. Masa admitted bidan bg aku injection utk kurangkan sakit atas nasihat Dr. Fatimah. So aku ni ingat pas tu x sakit la, so aku pun soh hubby blk dulu sbb bidan yg check tu ckp xde bukaan lg wp aku sakit giler. So sepanjang 7 jam aku menahan sakit sorang2 je la dlm labor room tuh... sempat jgk aku baca al-quran. Bila sakit aku berhenti. Mula kena injection ada rasa nak lena tp sejam pas tu lgsg xelh nak tdo. Katil dlm labor room tu la yg jadi saksi...

Akhirnya berlalu jgk 7 jam yg menyeksakan. Hubby dtg bwk mak aku yg mmg nak temankan aku sepanjang bersalin tu. 7.30 am, 9/2/2011 Dr. Fatimah akhirnya smpi. Selepas buat check up, dia nasihatkan aku ambik epidural sbb she decided nak induce sbb dah lama sakit tp bukaan cuma 1 cm. So start la process memasukkan epidural n ubat utk induce. Bila time Doc nak cucul belakang aku tu yg aku xleh bayangkan.  Aku ni slalunya mmg xde mslh kena cucuk or ambik darah tp this time mmg mengilukan. Lama jgk la Doc tu btul2 dpt cucuk tulang belakang aku nih...smpikan mak sendiri menangis tgk aku. 

Selesai epidural & induce Dr. Fatimah start cucuk air ketuban. Estimate time of deliver kul 4 ptg. Mmg x rasa apa2. Cuma klu contruction tu kuat sgt baru aku rasa skit..tu pun x sakit. So enjoy la 3 jam tuh.Siap blh berFB lg. Selepas 3 jam, check bukaan dah tambah lg 2 cm. So, dag buka 3cm. Kena tggu bukaan smpi at least 10cm baru leh bersalin. Ok la, aku happy je time tu. Maklum la sakit pun dah x rasa mcm sblm ni.

Time to time bidan akan dtg check heart beat baby. Tetiba dia kuar, aku dgr bidan tu soh Dr Fatimah naik segera. X smpi 10 min Dr. Fatimah pun smpi. Dia check lg skali heart beat baby then terus panggil mak aku. "Makcik, saya minta maaf...saya cuba sedaya upaya utk pastikan Norfadzilah bersalin secara normal, tp dia terpaksa jalani pembedahan sesegera yg mgkn. Sebab dengup janting baby ni dah x stabil" Huh! dgr je cam tu aku terus nangis. Jangan la jadi apa2 kat baby nih. Mak aku terus kol hubby yg time tu nak blk ambik mak dia plak. Sign everything, terus tolak masuk OT room.  

Hasrat hubby nak teman aku smpi deliver x kesampaian. Cuma smpi di luar OT room saja la. Segalanya berlaku sgt pantas. Masuk ubat bius, dgr bunyi torehan, dgr Dr. Fatimah ckp baby dah terminum air kencing, dgr Doc sedut air dlm mulut baby, pas tu terus dgr baby menangis....aku pun menangis skali. Aku sempat tanya Doc bius tu anak aku ok x? Dgr je dia ckp selamat, aku pun selamat...x sedar diri smpi la dah dlm wad. Sedar2 terus aku tanya anak aku. Hubby ckp kena tahan kat Special Care Unit. Nak tgk xleh...so hubby snap gmbr kat atas tu bg aku tgk. Dgn video skali.

Hadda dlm Special Care Unit

Gambar2 Hadda dr 1 bulan hingga ke 6 bln.

Tuesday 26 July 2011

2nd Post Part II...kenapa aku nak deliver kat private?

Masa tulis 2nd post hari tuh, aku ada ckp bgtau sbb2 nape aku nak branak kat private.Pendapat org berbeza2. Ada yg x kisah kat mana dorang nak beranak. Kata dorang sakit tu sama jer. Tp aku mmg tau apa sebenarnya yg aku nak. 1st time besfren aku bgtau pasal An nur hospital aku dah set dlm fikiran aku, aku pun nak beranak kat situ sbb ciri2 keislaman yg hospital tu terapkan.Aku nak doc ppuan & doc muslim yg sambut baby aku.

Pada aku, aku bekerja untuk kesenangan aku. Bkn skadar nak ekonomi yg stabil semata-mata.Buat apa la keje penat2 tp x dapat merasa kenikmatan gaji tu kan.... Rasa mcm kena paksa bekerja la plak. At least klu merasai nikmat gaji tu baru la berbaloi.

Setiap kali aku jwp pertanyaan org kat mana aku nak beranak, kebykkan semuanya buat muka la plak. "mahal la beranak swasta...sakit sama jer!" ni la antara statement sinonim dorang. Mgkn yer..aku pun x penah nafikan sakit tu sama jer..cuma lg, org2 sekeliling kita ni memainkan peranan jgk samada menambah/mengurang kesakitan yg ada. Klu dah tgh sakit, tp nurse2 pun bkn main menyinga lagi mukanya, leh ke kurang ke sakit tuh. Lgpun aku fkr, aku ni bknnya nak beranak tiap2 tahun, berbaloi la klu byr mahal skit.

Masuk 6 bulan aku dah start buat check up kat An Nur, Bangi dgn Dr. Fatimah. 1st jmpa dgn Dr. Fatimah dlm hati aku ckp, mmg aku x salah pilih doc. Kata besfren aku, patient Dr. Khamsiah lebih ramai dr Dr. Fatimah tp nurse2 kat An Nur personally recommend Dr. Fatimah. Orangnya sgt soft spoken & very motherly. Sejuk je hati tgk dan dengar suara dia. 

Bak kata org, kita ni hanya merancang, tp Allah yg menentukan. Due date aku 15/2 (birthday Dr. Fatimah. A week before aku due date aku call An nur nak set last appt. Tetiba nurse bgtau Dr. Fatimah on leave selama 2 weeks. Aduhh..aku dah gabra. Mcmana klu aku terberanak awl. Kata nurse tu klu deliver awl, doc ganti yg akan attend aku. So, no point la aku byr utk service doc yg aku nak....tensen aku masa tuh. Tp xpe, jgn tensen2 ada smggu lg. Dgrnya Dr.Fatimah akan start duty 8/02/2011. Jumaat 4/2/2011 birthday aku. How i wish the baby will be delivered on 4th, sama date, sama hari, so we can celebrate our birthday together. Dari pagi, bwk ke petang aku dok tggu gak kot2 aku rasa sakit. Tp sampai la keesokkannya aku masih seperti biasa. Masih bertenaga...masih mampu naik turun tangga smpi ke tingkat 4.Time ni cuti raya cina tp aku x brani nak kemana2. Takut2 klu aku terberanak tgh jalan.

Ahad 6/2/2011 aku start rasa contruction. Tp mild je la. Subuh isnin aku dah start bleeding. So i thought, this is the time. Hubby gi umah adik utk ambik mak aku yg dah sedia  standby. Angkut skali mak mentua aku yg kebetulan ada yg kat umah kitaorg. Dlm hati nervous jgk, tasbih kat tgn...berzikir je aku minta diselamatkan dan dipermudahkan segala urusan. Tp hairan jgk kenapa la aku x rasa sakit. Sampai An nur, terus pergi emergency. Masuk la labor room for the 1st time. Check contruction cuma mild je. Xde bukaan. So bidan advice so aku balik. Disebabkan esoknya aku punya check up, nurse kat situ arrangekan aku jmpa doc ganti utk buat check terus. So esok x pyh la aku dtg lagi....nmpknya x sampai la waktunya lg aku nak beranak.

So, next post tunggu aku ceritakan detik2 cemas aku di labor room.Bukan lama sgt bezanya dgn hari tu. Cuma selang sehari jer... jeng..jeng..jeng...


Baby First Food

Did you know that your baby does not have to eat rice cereal as a first food?

Baby's first taste of solid food should be a single ingredient, age appropriate food. A few wonderful choices for first foods for babies, as many pediatric resources are now acknowledging, are tasty and creamy avocados, bananas and sweet potatoes. These healthy and nutritious foods make really great first foods for baby because they are easy to digest and full of vitamins, minerals, fats and other nutrients a growing baby needs..
This page is full of recipes for fresh homemade first foods for baby and are idea first food recipes to introduce to your baby between the ages of (4) and 6 months old. Many parents still begin to introduce solid foods (complimentary or weaning foods) to their babies prior to the age of 6 months olds. These recipes acknowledge and accommodate this fact. Ideally, babies should have nothing but breast milk and/or formula during the first 6 months of life.
Read more about baby being ready for solids and view our list of resources that advocate delaying solid foods.

Nutritious and Tasty & Wholesome Baby Food for First Food Feedings 

suitable for babies 4 months +
Avocado - a great first food for baby, avocados burst with essential fats and nutrients that a growing baby needs. Smooth and creamy, avocados are easily digested and well tolerated by most babies!
Vitamins:  A, C, Niacin, Folate 
Minerals: Potassium, Phosphorus, Iron, Magnesium, Calcium

1. Peel and take out the pit of a ripe avocado - do not cook
2. Cut “meat” out and mash with a fork
3. There should be no need to use a machine as just like bananas, avocados have a very soft consistency and texture. Avocados do not need to be cooked
4. Add formula/breast milk or water to thin or add cereal (if desired) to thicken up. Learn More about Avocado 
line
Bananas - bananas are another great first food for your baby. Research indicates that bananas and their mucosal properties actually help coat the tummy and help aid in digestion. Bananas are sweet, which may help baby more readily accept the first food experience. Learn more about bananas and if it's true that sweet fruits and veggies should not be introduced first.
Vitamins:  A, C, Folate 
Minerals: Potassium, Phosphorus, Selenium, Magnesium, Calcium

1. Peel a ripe banana - do not cook
2. Place banana in a food processor/food mill or blender and puree
3. You can also mash the banana in a bowl using a regular fork – heat in microwave for 25 seconds prior to mashing for extra softness
4. Add formula/breast milk or water to thin or add cereal (if desired) to thicken up.
line
Organic Brown Rice Cereal - Did you know that baby's first food does not have to be a commercial infant rice cereal? Many pediatric resources are acknowledging the fact that avocado, banana and sweet potato make great first foods for baby.
If you decide to make homemade baby cereal, make it with brown rice (organic if preferred). Whole grains are more healthy and nutritious for your baby (and for the whole family). Learn more about whole grains. You may also be interested in reading our Cereal FAQ explaining what types of grains to use, how long they may be stored and more.
1/4 c. rice powder (organic brown rice ground in blender or food processor)
1 cup water
1. Bring liquid to boil in saucepan. Add the rice powder while stirring constantly.
3. Simmer for 10 minutes, whisking constantly, mix in formula or breast milk and fruits if desired
Serve warm.
line
Pears
Vitamins: A, C, Folate 
Minerals: Potassium, Phosphorus, Magnesium, Calcium

1. Peel and cut into chunks so as to avoid the little seed portion.
2. Steam gently until tender;
3. Place in a blender/food processor and puree until smooth. You may be able to just use a fork too.
4. Use the leftover cooking water if needed but Pears tend to be very runny and watery without adding liquid - Add some baby cereal to thicken if needed.
line
Acorn or Butternut Squash (winter)
(nutrient info for squash of all types may be found at our "Tips on Squash" page)

1. Cut acorn, hubbard, or butternut squash in half, scoop out seeds
2. Place an inch of water in a baking pan, then place squash halves "face" down in the pan. Check on water level while baking
3. Bake in a 400 degree oven for 40 minutes or until the “shell/skin” puckers and halves feel soft then scoop squash “meat” out of the shell
4. Place squash "meat" into your choice of appliance for pureeing and begin pureeing.
5. Add water as necessary to achieve a smooth, thin consistency.
6. You can also peel the squash, scoop out the seeds and then cut into chunks and boil/steam until tender (like when boiling potatoes for mashed potatoes)
7. Follow steps 4 and 5
line
Yams/Sweet Potato

Vitamins: A (24,877 mg ), C, Folate
Minerals: Potassium, Sodium, Selenium, Phosphorous, Magnesium, Calcium

1. Wash and poke holes in sweet potato with fork then wrap sweet potatoes in tin foil - do not peel for baking/microwaving. (you can also do this in the microwave - only use plastic wrap and cook for 8 minutes on high or until tender)
2. Place in a 400 degree oven and bake for 30 minutes or until soft.

3. OR
4. Peel sweet potatoes and cut into small chunks
5. Place chunks into a pan with just enough water to slightly cover potato
6. "Steam" boil until tender, be sure to check on the water level.
7. Reserve any left over water to use for thinning out the sweet potatoes
8. If you have baked your sweet potato, remove skins and use liquid from your preferred source
9. Place sweet potato into your choice of appliance for pureeing and begin pureeing.
10. Add the reserved water or other liquid as necessary to achieve a smooth, thin consistency minutes or until a knife inserted near center comes out clean.
Learn why a Yam really is NOT a Yam and other information about serving Sweet Potatoes to your Baby
line

suitable for babies 6 months +
More First Foods & Homemade Baby Food Recipes

Mango (6-8 months - sometimes over 8 months - learn more about Mango)

Vitamins:  A (1262 IU in one cup.), C, E, K, Folate 
Minerals:  Potassium, Phosphorus, Magnesium, Calcium, Sodium

1 Ripe Mango
Peel, Deseed and mash Mango until smooth

Add formula/breast milk or water to thin or add cereal (if desired) to thicken up.

Apples (Applesauce)
Vitamins: A, C, Folate
Minerals: Potassium, Magnesium, Calcium

This recipe is written so that you may use any amount of apples you wish.
1. Peel, core and cut apple into slices/chunks
2. Place slices or chunks into a pan with just enough water to slightly cover apples
3. Boil/steam until tender; be sure to check on the water level and stir. 4. Apples may be mashed with a potato masher to achieve a smooth applesauce consistency. If your masher will not achieve a puree type of consistency, then follow steps 5 – 7
5. Reserve any left over water to use for thinning out the apples
6. Place into your choice of appliance for pureeing and begin pureeing.
7. Add the reserved water as necessary to achieve a smooth, thin puree
8. Add cereal (if desired) to thicken up the
9. Ask your pediatrician about adding some cinnamon for new tastes.

HINT.  You may also buy an "Adult" jar of Natural applesauce from your local grocers.  Make sure you buy Natural Applesauce however. Read the labels if you are unsure.  The only ingredients should be apples and water or just apples.  A few companies may add ascorbic acid (vitamin C) or citric acid to their Natural Applesauce; this is fine.

Why do you suggest peeling fruits and veggies; Nutrients are found in the peels right?
  Salt and sugar are not needed when making baby food. Omit these items, preferably at ALL times, in your baby's meals. Other spices such as cinnamon, garlic powder, pepper etc. may be introduced as early as 7 months with your pediatricians consult.
Always consult with your pediatrician about introducing solid foods to your baby Remember, always consult with your pediatrician regarding introducing solid foods to your baby and specifically discuss any foods that may pose allergy risks for your baby.

This website is certified by Health On the Net Foundation. Click to verify.This site complies with the HONcode standard for trustworthy health information:
verify here.

Thursday 14 July 2011

2nd post...

as salam...salam jumaat. hari yg sgt2 dinantikan. x sabar nak cuti...cepat btul masa berlalu, rasanya baru lg hari jumaat. klu 5 hari weekdays terasa cepatnya apatah lagi 2 hari weekend tu...
slalunya jumaat ahri yg sgt busy tp x plak mggu ni. bersenang lenang je pun. so aku decide nak update blogku yg baru setahun jagung...bila compare dgn blog2 org lain, ya allah, aku senyum sendiri tgk blog aku yg serba kekurangan ni. serba serbinya kurang. kurang template, kurang warna yg menarik. tp xpe la, aku tekad nak improve nnt bila aku dah terer. hehehe..maklum la aku ni kurang celik IT. blajar komputer pun sendiri2 jer. 
hish..apa aku dok buat introduction panjang sgt nih. naik boring la plak...

well, actly nak start blog ni dgn pengalaman semasa preggy kat Hadda-my 2nd prenancy coz yg 1st dulu gugur. pregnant kat Hadda selepas hampir 6 bln free. risau gak nape x lekat lg. slalunya selepas gugur cepat nak sangkut balik.period plak x teratur...sblm 2nd preggy, tiap bulan aku buat prenancy test. sbb tiap2 bulan periog lmbat smpi 2 mggu. akhirnya , bln june 2010 aku disahkan hamil. fuhh..best sungguh rasanya..1st trimeter x byk mslh...xde morning sickness, semuanya mcm biasa kecuali aku x leh bau nasi menggelegak.(mendidh). monthly check up seperti biasa cuma berat aku menurun. terbalik la plak....sblm preggy berat aku 59kg...early pregnancy turun 7kg. then slowly naik balik. yg kelakarnya aku ni buat check up smpi 2 tempat. klinik swasta pun buat..klinik kerajaan pun buat....mesti korang pun pelik. sbbnya aku dgr kwn2 bgtau kena buat kad merah kat klinik kerajaan, wp nak beranak kat swasta sbb takut ada emergency klinik swasta x terima, kite blh guna kad merah tu utk p hospital kerajaan...tp sebenarnya wp sedikit hassle aku akui ada manfaatnya sbb kat klinik swasta yg aku pergi xde buat briefing pasal kebaikan susu ibu. sbb plan dr awl sblm pregnant aku nak fully BF. cuma yg lecehnya, klinik kerajaan ni suka sgt refer kita kat hospital or kat emergency. sepanjang 9 bln mengandung 2-3x aku kena refer ke emergency esp bila berat aku x naik. there's one time berat aku turun plak 1 kg. huhu...

tak abis lg ni citer time preggy....tp jari ni cam penat la plak. leh smbg x nnt2? hehehe....ok la kita smbg nnt dgn cite seterusnya kenapa aku decided nak deliver kat swasta. smpi jumpa lg....

Sunday 10 July 2011

finally...i have my own blog...

As salam...Salam perkenalan. Rasa janggal plak nak memulakan penulisan ini. Ye la, dah bertahun la x buat karangan yg panjang2. Tp alhamdulilah, akhirnya berjaya juga aku buat blog utk diri sendiri. Asyik dok jengah blog kwn2 jer. Atas dorongan kuat dorang la aku kuatkan hati nak buat blog sendiri. Rupanya byk betul cite yg dpt dikongsi bersama. Apapun dorang yg paling ialah dr naluri aku sendiri. Terdetik semasa aku preggy kat permata hatiku Hadda. Macam peristiwa aku alami yg aku rasa perlu dikongsi saat2 suka duka tu. Yang paling penting aku ak tgglkan satu kenangan buat Hadda. Jadi, di sini la bermula....ok, cukup utk intro. Memandangkan kat ofis skrg, rasanya elok la aku siapkan keje ku dulu. Nanti asyik leka menulis, keje pun x jadi. Kita jumpa lg nanti....