Sejurus selepas dilahirkan
Ini la dia baby yg ditunggu2 selama ini....Hadda binti Hairi. Lahir pada 9 February 2011 at 12.05 noon. Akhirnya hasrat nak bersalin normal terkubur...bila aku tpaksa menjalani emergency caesar. Admitted pada kul 11.55 pm, 8/2/2011 aku mengalami contruction yg kuat hampir 8 jam. Ya Allah tuhan je la yg tau time tuh....mcm2 la doa aku baca. Masa admitted bidan bg aku injection utk kurangkan sakit atas nasihat Dr. Fatimah. So aku ni ingat pas tu x sakit la, so aku pun soh hubby blk dulu sbb bidan yg check tu ckp xde bukaan lg wp aku sakit giler. So sepanjang 7 jam aku menahan sakit sorang2 je la dlm labor room tuh... sempat jgk aku baca al-quran. Bila sakit aku berhenti. Mula kena injection ada rasa nak lena tp sejam pas tu lgsg xelh nak tdo. Katil dlm labor room tu la yg jadi saksi...
Akhirnya berlalu jgk 7 jam yg menyeksakan. Hubby dtg bwk mak aku yg mmg nak temankan aku sepanjang bersalin tu. 7.30 am, 9/2/2011 Dr. Fatimah akhirnya smpi. Selepas buat check up, dia nasihatkan aku ambik epidural sbb she decided nak induce sbb dah lama sakit tp bukaan cuma 1 cm. So start la process memasukkan epidural n ubat utk induce. Bila time Doc nak cucul belakang aku tu yg aku xleh bayangkan. Aku ni slalunya mmg xde mslh kena cucuk or ambik darah tp this time mmg mengilukan. Lama jgk la Doc tu btul2 dpt cucuk tulang belakang aku nih...smpikan mak sendiri menangis tgk aku.
Selesai epidural & induce Dr. Fatimah start cucuk air ketuban. Estimate time of deliver kul 4 ptg. Mmg x rasa apa2. Cuma klu contruction tu kuat sgt baru aku rasa skit..tu pun x sakit. So enjoy la 3 jam tuh.Siap blh berFB lg. Selepas 3 jam, check bukaan dah tambah lg 2 cm. So, dag buka 3cm. Kena tggu bukaan smpi at least 10cm baru leh bersalin. Ok la, aku happy je time tu. Maklum la sakit pun dah x rasa mcm sblm ni.
Time to time bidan akan dtg check heart beat baby. Tetiba dia kuar, aku dgr bidan tu soh Dr Fatimah naik segera. X smpi 10 min Dr. Fatimah pun smpi. Dia check lg skali heart beat baby then terus panggil mak aku. "Makcik, saya minta maaf...saya cuba sedaya upaya utk pastikan Norfadzilah bersalin secara normal, tp dia terpaksa jalani pembedahan sesegera yg mgkn. Sebab dengup janting baby ni dah x stabil" Huh! dgr je cam tu aku terus nangis. Jangan la jadi apa2 kat baby nih. Mak aku terus kol hubby yg time tu nak blk ambik mak dia plak. Sign everything, terus tolak masuk OT room.
Hasrat hubby nak teman aku smpi deliver x kesampaian. Cuma smpi di luar OT room saja la. Segalanya berlaku sgt pantas. Masuk ubat bius, dgr bunyi torehan, dgr Dr. Fatimah ckp baby dah terminum air kencing, dgr Doc sedut air dlm mulut baby, pas tu terus dgr baby menangis....aku pun menangis skali. Aku sempat tanya Doc bius tu anak aku ok x? Dgr je dia ckp selamat, aku pun selamat...x sedar diri smpi la dah dlm wad. Sedar2 terus aku tanya anak aku. Hubby ckp kena tahan kat Special Care Unit. Nak tgk xleh...so hubby snap gmbr kat atas tu bg aku tgk. Dgn video skali.
Hadda dlm Special Care Unit
Gambar2 Hadda dr 1 bulan hingga ke 6 bln.
0 comments:
Post a Comment