CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, 22 September 2011

Mengandung tetapi masih menyusukan. Apa hukumnya?

Klu tgk tajuk mesti org ingat aku pregnant lg...hehehe..xla, ini kes my SIL. aku tau kes ni last week masa open house umah ayah cik hubby. terkejut jgk sbb anak sedara tu baru je masuk setahun..fully bf plak tuh. Semalam balik keje singgah jumpa MIL. Topik yg sama dibincangkan. Bukan nak menolak rezeki tp kesian baby yg msh x puas bermanja. Lagipun anak dia xnak minum fm. Dlm dok sembang2 dgn MIL, terkeluar dr mulut dia yg mengatakan haram menyusukan anak ketika si ibu mengandung. HARAM? hishh..ye ker? Dalam group Shaklee utk ibu2 menyusu yg aku join kat fb ada ibu yg mengandung tetapi msh menyusukan... Disebabkan musykil aku pun google la info utk mencari kesahihannya...

So, dapat la jwpannya. Tak HARAM yer... Tujuan aku bukan la nak tunjuk sapa pandai or nak compete dgn MIL, cuma nak cari kebenaran supaya blh buang rasa was-was tu. Dari laman web JAWI aku dpt jwpan ni:

Kod Rujukan Soalan:k1pxl

SoalanSaya mempunyai anak sulung yang berusia hampir setahun, masih menyusu ibu tetapi isteri saya sedang mengandung (2 bulan) anak ke 2. Apakah dibenarkan dari segi syarak?

JawapanHarus bagi si ibu mengandung, menyusukan anaknya yang masih menyusu,sekiranya ia tidak memudaratkan kesihatan ibu tersebut.

Kategori
SYARIAH

Lega bila kemusykilan aku terjawab.  X puas lagi aku google lak blog2..so jmpa la info ni yg aku rasakan ringkas dan padat. So boleh la kite share info ni bersama:


Penyusuan sewaktu mengandung @ tandem nursing

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung. 

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)Berbanding meminta pendapat orang yang kurang arif tentang penyusuan, adalah lebih baik sekiranya berbincang dengan pakar laktasi dan doktor sekiranya anda mahu meneruskan penyusuan ketika mengandung. Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Bagaimana pun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira untuk meneruskan penyusuan.

(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

(2) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.

(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.

(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya. Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi "mencuri" kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.

(5) Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:
(1) Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
(2) Pernah keguguran
(3) Mengalami pendarahan semasa hamil
(4) Positif GBS carrier

Sumber: Ratuhati

Dari pengamatan aku ler...istilah HARAM dtg dr kepercayaan org tua2 dulu. Mgkn org dulu2 ni berpendapat x blh dr segi logik mereka. Ye la, samada anak yg menyusukan ataupun baby dlm kandungan mendapat sumber vitamin hanya dr ibu tersebut. Jadi dah tentukan mereka akan share apa yg ibu mereka makan. Solutionnya pada aku senang jer...ibu tersebut la yg memainkan peranan penting. Ibu tersebut perlu memastikan makanan yg diambil memenuhi nutrisi yg diperlukan oleh kedua2nya. Maknanya bila si ibu td mesti makan makanan yg 2x ganda lebih nutrisinya. Supaya ianya x mendatangkan kemudaratan kepada slh seorg mahupun ibu itu sendiri.

Pada aku w/p pandangan org tua2 penting tp dr segi syarak lebih diutamakan. Takkan nak abaikan anak yg masih menyusu, sedangkan si ibu mampu melakukan. Lebih2 lagi ianya lgsg x salah dr segi agama. Saat ini aku rasa lega sbb segalanya terjawab. Petang nnt jumpa MIL nak bgtau berita gembira ni. Yang penting my SIL stil blh menyusukan wp dia pregnant. 

Kepada semua..teruskan penyusuan susuibu.   

0 comments:

Post a Comment